Allahyarham En. Muhammad Thani
Bin Sha'aban
Kadet Remaja Sekolah ( KRS )
telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah
Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya
pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan
pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA).
Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada
pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan
pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia ,
bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi
tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.
No comments:
Post a Comment