Monday, 15 April 2013

Perkhemahan TKRS Peringkat Kebangsaan 2013



Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Peringkat Kebangsaan telah diadakan bermula 14 April 2013 dan akan berakhir pada 18 April 2013 bertempat di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, PahangProgram ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia.

Aktiviti antara kontinjen yang diadakan seperti Pertandingan Kawad Kaki Berpasukan, Pertandingan Kawad Kaki Individu, Pertandingan Gajet, Pertandingan Pandu Arah, Pertandingan Kuiz TKRS serta Pertandingan Kraf dan Keusahawanan.

Aktiviti antara kumpulan integrasi yang diadakan seperti Aktiviti Ikatan dan Simpulan, Bantu Mula, Ikhtiar Hidup, Paint Ball serta Kerohanian dan Moral.

No comments:

Post a Comment