Sunday, 19 May 2013

Perkhemahan KRS Peringkat Negeri Sabah 2013

19 Mei 2013 ( Ahad ) : Wakil peserta kadet KRS setiap daerah telah melapor diri di Pusat Kokurikulum Sabah, Kem Malanggang Kiulu. Seramai 100 orang guru pengiring dan jurulatih terlibat pada perkhemahan pada kali ini, manakala ahli kadet seramai 176 orang iaitu 97 lelaki dan 79 perempuan.
Taklimat Peraturan Kem




Urusetia sedang membahagikan kumpulan



Monday, 15 April 2013

Perkhemahan TKRS Peringkat Kebangsaan 2013



Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Peringkat Kebangsaan telah diadakan bermula 14 April 2013 dan akan berakhir pada 18 April 2013 bertempat di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, PahangProgram ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia.

Aktiviti antara kontinjen yang diadakan seperti Pertandingan Kawad Kaki Berpasukan, Pertandingan Kawad Kaki Individu, Pertandingan Gajet, Pertandingan Pandu Arah, Pertandingan Kuiz TKRS serta Pertandingan Kraf dan Keusahawanan.

Aktiviti antara kumpulan integrasi yang diadakan seperti Aktiviti Ikatan dan Simpulan, Bantu Mula, Ikhtiar Hidup, Paint Ball serta Kerohanian dan Moral.

Sunday, 14 April 2013

Latihan Berpusat TKRS 2013

Bertempat di SK Tanjung Aru 1, Kota Kinabalu pada 13 April 2013 sebelum berangkat ke Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Peringkat Kebangsaan.bertempat di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang


Sunday, 24 February 2013

Logo


Perisai melambangkan tentang kefahaman diri daripada gejala yang tidak sihat.


Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia .

Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa megira keturunan dan kaum, agama, dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidkan Negara.
  • Hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
  • Merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
  • Kuning melambangkan warna diraja yang manjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia.
  • Putih melambangkan keikhlasan dan kesucian.
Warna hijau melambangkan Tunas muda /remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa hadapan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum.
Cogan kata TKRS " ILMU IMAN AMAL"
ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli TKRS.
IMAN: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
AMAL: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri

Thursday, 14 February 2013

Pengasas KRS

Allahyarham En. Muhammad Thani Bin Sha'aban

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.